Introduction to eKelas

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

13 Julai 2018 , Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengadakan sesi pengenalan dan pendaftaran bagi Portal Pembelajaran eKelas yang disediakan oleh Maxis. Portal ini memberi peluang pelajar belajar secara interaktif. Pembelajaran secara online ini sangat menarik dan mampu meningkatkan potensi pembelajaran dan keinginan peserta untuk belajar.

Portal ini adalah khusus untuk pelajar tingkatan 1 , 2 dan 3. Terdapat 3 subjek yang boleh dipelajari iaitu Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali